"Love"


"Mentari mula terbenam,
Langkahku bermula
Ke ufuk jingga..."

Pelik. Kerana Rambozzi® tidak memilih jalan cinta ini. Cinta ini hadir ke dalam hidup Rambozzi® tanpa dipaksa. Cinta ini hadir di dalam hati Rambozzi® tanpa diundang. Cinta ini mengubah perjalanan hidup Rambozzi® tanpa dirancang. Perjalanan hidup yang bagi Rambozzi® agak terlewat, tetapi sebenarnya memang tidak pernah terlewat untuk memulakan cinta di dalam hidup ini.

"Berjalan di tengah malam
Mencari cahaya, entah di mana..."

Sekian lama Rambozzi® menjadi 'woodworker' amatur ini, memang Rambozzi® "tercari²" sesuatu yang lebih daripada sekadar 'woodworking', lebih daripada sekadar 'power tools' dan lebih daripada sekadar alatan tangan. Rupa²nya hati Rambozzi® ini juga memerlukan perkakasan untuk melepaskan gejolak seni di dalam diri Rambozzi® ini.

Irwin® Record Wood Smoothing Plane T04 ini bukanlah hanya sekadar sebuah alatan tangan. "Love" hadir ketika Rambozzi® tercari² satu tahap kemahiran dan kepuasan tertinggi di dalam 'woodworking' ini. "Love" hadir bagai tepat pada waktunya ketika Rambozzi® masih tercari² hala tuju Rambozzi® di dalam 'woodworking' ini. "Love" hadir ketika Rambozzi® tercari² cinta sejati di dalam hidup ini. Oh! Maafkan Rambozzi®. "Love" itu sebenarnya adalah nama manja untuk Irwin® Record Wood Smoothing Plane T04 ini.

Pelik. Kerana, menjadi persoalan pula, kenapa sebuah ketam tangan boleh menjadi sebuah tema cinta pula di dalam 'entry' ini?  Pelik. Kerana, menjadi kemusykilan pula, adakah blog ini adalah sebuah 'woodworking blog' atau adalah sebuah nota cinta paling syahdu di dunia ini?  Hehehehe... Pelik, kenapa pula Rambozzi® ketawa "Hehehehe" itu?

"Haruskah aku tunggu
Halilintar datang menyambar
Ataupun ku teruskan
Mencari sinarnya rembulan..."

Tidak mengapa, "Love". Biarlah halilintar datang menyambar bumi, Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' ini. Dan Rambozzi® akan teruskan mencari sinarnya rembulan (sila lihat bait² lirik lagu di dalam perenggan di atas) itu, "Love".

"Aku dah naik pelik nie, bro. Bro cakap dengan sape nie haaa? Boleh tak, jangan buat citer ngeri sangat?  Aku nak baca pasal woodworking je ni, bro......"

"Ah! Kau diamlah!"

Dialog di atas adalah sebenarnya pertelingkahan di antara Rambozzi® (woodworker) dengan Rambozzi® (writer). Dua identiti berbeza Rambozzi® itu sentiasa berbalah dan berebut ingin menguasai diri Rambozzi® ini sepenuhnya. Abaikan pertelingkahan di antara kedua Rambozzi® itu. Kita layan lagu Wings dulu -  dari album 'Bazooka Penaka' yang diterbitkan pada tahun 1993 - 'Pengabdian Ku Kekasih'... 



"Dengan keyakinan penuh di dada
Aku redah belukar, lurah dan rimba
Akhirnya bertemu laluan
Kekasih..."

Sebenarnya, Rambozzi® tidak pernah belajar mengetam kayu pun. Pertukangan atau ketukangan (pertukangan ke ketukangan haaa?) kayu ini pun bukanlah jurusan yang pernah Rambozzi® pelajari di mana² pun, sebelum ini. Tapi, demi minat dan cinta ini, Rambozzi® mesti belajar juga ilmu ketam ini. Dan "Love" memang hadir ketika Rambozzi® mencari² satu teknik yang lebih baik untuk kekemasan kerja² kayu Rambozzi®. Oh! Rambozzi® tak beli ketam ini. "Love" hadir dengan sendiri. "Love" datang kepada Rambozzi® tanpa dipaksa pun. "Love" hadir kepada Rambozzi® dengan rela hatinya...

"Patutnya kau guna nama tokey Cina tu je, bro. Apa nama dia? Hup Seng? Seng Hup? Hahahaha macam nama biskut pun ada! Banyak laa nak guna nama manja "Love", konon!"

"Ah! Kau diamlah!"


"Kekasihku, kian lama tak berjumpa... 
Kekasihku, kian lama tak berjumpa...
Hanya pada nama
Ku sandarkan cinta..."

Bukan tak pernah berjumpa. Rambozzi® memang dah pernah jumpa "Love" ni kat sebuah 'hardware' di ibukota Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

"Kekasihku, terjalin cinta dan kalimah...
Kekasihku, terjalin cinta dan kalimah...
Segala isi bumi, restui pengabdian ku
Kekasih..."

Tetapi ketika itu, Rambozzi® dan "Love" takde jodoh lagi. Kini, baru terjalin cinta antara kami. Heh heh heh heh heh...


"Biarkan ku terlena
Di dalam dakapan rembulan
Dengan satu ribu satu impian
Aku redah belukar, lurah dan rimba
Akhirnya bertemu laluan..."

Memiliki "Love" di dalam dakapan kasih Rambozzi® ibarat memiliki segala²nya di dalam dunia ini. Memang Rambozzi® dakap "Love" setiap malam sebelum tidur. Memang Rambozzi® belai "Love" dengan selembut²nya. Dan bagai kucing yang manja, "Love" akan menyandarkan kepalanya ke dalam dakapan kasih Rambozzi® (sila lihat betapa manjanya aksi "Love" selepas mendapat belaian kasih Rambozzi® di dalam gambar di atas).

"Bertapaklah rinduku
Ke satu jalan..."

Rambozzi® sanggup dan rela meredah belukar, lurah dan rimba untuk menemui "Love" setiap hari. Setiap pagi, apabila Rambozzi® terjaga dari tidur, Rambozzi® akan meluangkan masa dengan bersarapan bersama² "Love" di dalam studio kecil Rambozzi®. Kemanjaan "Love" membuatkan Rambozzi® sentiasa merinduinya, walaupun Rambozzi® hanya keluar sebentar sahaja untuk mencari kayu² 'pine' atau meranti di ibukota Kuala Lumpur.


Kekasihku, kian lama tak berjumpa...
Kekasihku, kian lama tak berjumpa...
Hanya pada nama
Ku sandarkan cinta

Dan tempoh perpisahan yang singkat itu menjadi satu seksa kepada jiwa Rambozzi®. Terasa terlalu lama kami berpisah. Jadi, apabila Rambozzi® pulang sahaja dari mencari kayu² itu tadi, memang Rambozzi® akan terus merangkul tubuh halus "Love" dan ***18SX*** "Love"...

"Apa punye tulisan daa, bro?"

"Ah! Kau diamlah!"

Kekasihku, terjalin cinta dan kalimah...
Kekasihku, terjalin cinta dan kalimah...
Segala isi bumi, restui pengabdian ku
Kekasih

Kini, Rambozzi® telah menemui kebahagiaan sebenar di dalam hidup Rambozzi® ini. Kini, taman cinta Rambozzi® telah berbunga. Rambozzi® dan "Love" saling mengucapkan kalimah² cinta sesama kami. Itu sangat menceriakan hari Rambozzi®.

Rambozzi® berjanji, akan menjaga "Love" dengan sebaik²nya dari sebarang ancaman dan bahaya. Rambozzi® berjanji, akan terus menyintaimu, "Love". Oh my "Love". I Love You so much!

Kekasihku, terjalin cinta dan
Oh kalimah..."

"Aku memang tak faham langsung la dengan kau ni, bro... Itu ketam je, bro! Wey! Ketam la tuuu...!"

"Ah! Kau diamlah!"


2 Comments

  1. bro rambozzi!!

    mana nk dapat ini love?? ku ingin jatuh cinta jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual kat Hup Sheng Hardware tapi takkan sama dgn "love" milik Rambozzi tu tau..

      Rambozzi tak beli, "love" hadir dgn rela hatinya. Heh heh heh..

      Delete