- Photobooth - Faisal


Nah! Kali ini Rambozzi® akan dapat membuktikan betapa pentingnya ketepatan, kehalusan dan kekemasan di dalam 'woodworking' ini! Yes! Yeah! Oraits! Pembaca blog Rambozzi® yang selalu membaca tulisan² Rambozzi® di blog ini dan melihat hasil2 kerja Rambozzi® pastinya sudah tahu bahawa Rambozzi® ini sangat dan amat mementingkan ketepatan dan kekemasan kerja. Rambozzi® bukan cerewet sangat, tetapi Rambozzi® memang tidak membuat kerja secara sambil lewa atau "cincai je lah asalkan siap!". Aaa aaa aaa...  No no no. Tidak! Kepuasan hati pelanggan perlu dijaga. Duit yang dikeluarkan oleh seseorang pelanggan itu (tidak kira banyak atau sedikit) perlu diambilkira (I mean, of coz kena ambil dan kena kira kan heh heh heh...). Tetapi adakah kita boleh memberikan sesuatu yang sepadan dengan nilai wang yang dikeluarkan oleh pelanggan kita itu? Bolehkah kita? Susah kan? 

Oraits! Jadi, soRambozzi® telah dihubungi oleh Faisal yang rupa²nya sangat² tidak berpuas hati dengan hasil kerja seorang 'woodworker' nie. Cari punye cari, Google punye Google, akhirnya Faisal telah "terjumpa" blog Rambozzi® ini. Setelah membuat temujanji, kami bertemu muka. Terus sahaja Faisal tunjukkan 'photobooth' yang ditempahnya dari seorang 'woodworker' nie. Memang Faisal sangat tidak berpuas hati dengan hasil kerja 'woodworker' itu. Sungguh, Rambozzi® tidak pasti, tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu mengenai harga yang dikenakan oleh 'woodworker' itu. Ya. Faktor harga juga akan menentukan kualiti kerja yang boleh diberikan oleh seseorang 'woodworker' itu. Kan? Kan?

Dan ketidakpuasan hati Faisal itu amat berasas. Melihat hasil kerja 'woodworker' itu, Rambozzi® rasa agak tercabar, dan dalam masa yang sama Rambozzi® juga berasa kasihan kepada Faisal.

Oh! Bukanlah niat Rambozzi® hendak merendah²kan hasil kerja 'woodworker' lain. Dan bukan pula niat Rambozzi® hendak mengatakan bahawa hasil kerja Rambozzi® adalah lebih baik dari mana² 'woodworker'. Tidak. Rambozzi® tetap Rambozzi®Rambozzi® masih Rambozzi®Rambozzi® masih lagi 'amateur woodworker' ini. Tetapi Rambozzi® memang tidak akan membuat kerja² 'woodworking' secara ala kadar, lebih kurang atau "cincai". Taraf amatur itu tidak menjadi penyebab kepada Rambozzi® untuk tidak membuat kerja² 'woodworking' dengan lebih tepat dan kemas.

Oraits. 4 gambar yang tidak mempunyai logo Rambozzi® di bawah BUKANLAH hasil kerja Rambozzi®. Sengaja Rambozzi® kongsikan di dalam 'entry' kali ini sebagai peringatan, atau lebih kepada amaran kepada mana² 'woodworker' atau pembaca blog Rambozzi® ini; "Jangan buat kerja cincai sangat, bro... Duit orang tu, bro...".



Ok. Kita lihat sahaja gambar 'photobooth' di atas tu dulu ye.


Dan sekarang Rambozzi® nak "HENTAM!". Kayu yang digunakan tidak cukup inci! Potongan 'miter' 45° sangat tidak tepat 45°! Dan kayu kecil yang diselitkan "kononnya untuk mencantikkan" sambungan itu sangat menyakitkan mata Faisal dan 'of coz' lah mata Rambozzi® juga!

Betul. Ada masanya kita boleh membuat kerja atau sambungan dengan secara santai, tidak perlu tepat sangat - mengikut konsep 'woodworking' yang sesuai. 'Woodworking' ini terlalu luas seni dan definisinya. Tapi tengok keadaan dan projek jugak la, bro... Pelanggan nie, kuasanya pada duitnya. 'Woodworker' nie pula, kuasanya pada tekniknya, dan "hatinya"


Ok. Rambozzi® "terpaksa" HENTAM lagi! Kayu² yang digunakan di dalam gambar di atas sangat teruk, tidak tepat dan tidak ditepatkan langsung! Kayu palet terpakai BOLEH digunakan untuk projek² yang lebih santai atau 'rustic'. Tetapi tidak untuk projek² seperti ini. Konsep sesuatu projek 'woodworking' itu perlu diambilkira dan diperhalusi. KONSEP. Ok?


Ok. 'Woodworker' ini juga menggunakan engsel terpakai dan telah berkarat untuk FaisalOh man! Come on, man! Aduh..........


Hahahahahaha! Oraits! Rambozzi® sebenarnya belum puas lagi nih! Tapi, cukup la dulu heh heh heh... Sedap sangat menghentam orang, kalau kena hentam nanti baru tau kan? Heh heh heh heh heh...

Oraits! Yakin dengan kebolehan dan kemahiran Rambozzi®, Faisal meminta Rambozzi® membuat semula sebuah 'photobooth' untuknya. Dan, yakin dengan kebolehan dan kemahiran Rambozzi®Rambozzi® terima projek ini.

Jadi, so. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Photobooth - Faisal.


Rambozzi® akan mulakan dengan membuat sebuah tempat untuk dilekatkan 'bellow' di atas. Sungguh Rambozzi® tidak tahu mengenai "bende" di atas. Perkataan 'bellow' itu sendiri pun Rambozzi® dapat daripada Faisal hahahahaha!


Rambozzi® cantumkan kayu² di atas dan tandakan satu tandaan di tengah²nya. Sebuah lubang akan ditebuk ditengah² kayu di atas. Ok. Sebenarnya, binaan di atas adalah yang kedua yang Rambozzi® buat sebab yang pertama sudah "dirosakkan" oleh 'adjustable hole saw' di atas. Hehehe.. Sebenarnya, bukan salah dia pun. Salah Rambozzi® yang tidak cekap menggunakannya. Hehehe.. Peace!


Rambozzi® akan gunakan 'hole saw' di atas. Rambozzi® pilih 'hole saw' yang sesuai dengan saiz lubang yang hendak ditebuk.


Dan pasangkan ia ke 'cordless drill'. Sekeping kayu terbuang di'clamp'kan ke bahagian bawah untuk mengelakkan ia pecah dan menjadi buruk.


Dan operasi di atas berjaya dengan jayanya. Yay!


Siap bahagian pertama. Oh tidak. Bahagian di atas akan diskrukan pula ke binaan yang seterusnya. Jom!


Beberapa batang kayu lagi Rambozzi® potong kepada saiz² yang diperlukan.


Dan kesemuanya dicantumkan menjadi satu. Ok. Sebenarnya binaan di atas adalah mengikut kehendak Faisal. Binaan di atas adalah 'design' dari Faisal sendiri.


Di bahagian belakang binaan di atas, yang Faisal panggil ia sebagai 'bellow holder'Rambozzi® gam dan skrukan beberapa lagi batang kayu untuk dilekatkan 'bellow' tadi nanti. Besi itu pula "kononnya" untuk diskrukan kamera padanya. Tetapi besi itu telah dibuang kerana Faisal tak suka. Heh heh heh heh... Peace lagi!

Maka, siaplah bahagian pertama untuk projek ini, iaitu 'bellow holder'.


Seterusnya Rambozzi® potong pula beberapa batang kayu pada 'miter' 45° untuk dijadikan 'frame' kepada bahagian paling penting untuk projek ini. Saiz projek ini bergantung sepenuhnya kepada bahagian utama ini.


2 binaan di atas ditebuk 'pocket hole', digam dan diskrukan. Rambozzi® gunakan 'band clamp' untuk mencantumkan 'frame' di atas.


Dan kedua² binaan tadi dicantumkan menjadi satu.


Gambar di atas menunjukkan binaan tadi dari hadapan.


Rambozzi® 'rout' pula sedikit 'profile' di sekeliling 'frame' tadi. Tetapi, Rambozzi® terlupa bahawa ia dicantumkan dengan menggunakan 'pocket hole joinery technique'. Jadi, kedalaman tebukan 'profile' tadi telah menyebabkan ia menampakkan skru dari lubang² 'pocket hole'. Dan ia telah mencacatkan 'frame' di atas. Rambozzi® keluarkan kesemua skru dari lubang 'pocket hole'. Dan begitulah hasilnya heh heh heh... Peace!


Tapi tidak mengapa. NevermindRambozzi® tutup lubang itu dengan menggunakan 'wood filler'.


Dan Rambozzi® 'rout' sekali lagi selepas ia kering. Selesai masalah itu heh heh heh heh...


Binaan di atas akan diletakkan sebuah 'monitor' di dalamnya. Untuk memastikan 'monitor' boleh diletakkan dengan kemas pada tempatnya, Rambozzi® gam dan skrukan beberapa lagi batang kayu di sebelah dalamnya.


Oraits! Wah! Agak panjang juga 'entry' kali ini ye hahahaha! Ok. Seterusnya Rambozzi® buat pula binaan² di atas. Cantuman² kayu di atas akan dijadikan sebuah kotak. Lubang pada binaan di atas itu pula sebenarnya adalah "laluan" untuk pelbagai jenis wayar dan kabel.


Kesemuanya dipasangkan dengan menggunakan gam dan skru melalui lubang² 'pocket hole'. Oh man... Hanya itulah sahaja teknik pertukangan kayu yang Rambozzi® tahu dan reti. Itulah "Teknik Keramat Rambozzi®". Tapi itulah teknik terbaik Rambozzi®. Tahu kan? Kan...


Sebuah lagi 'frame' akan dilekatkan ke kotak tadi. Ok. Binaan di atas bukanlah satu kesilapan sebenarnya. Ia dibuat mengikut kehendak dan 'design' daripada Faisal sendiri.


Di bahagian dalam kotak ini akan diletakkan pula sebuah 'notebook'Rambozzi® gam dan skrukan juga beberapa lagi batang kayu untuk memastikan 'notebook' itu duduk dan boleh menyandarkan dirinya dengan selesa di dalam kehangatan kotak itu. Heh heh heh heh heh...


Ok. Seterusnya Rambozzi® buatkan pula sebuah pintu untuk kotak tadi.


Gambar di atas pula tidak mempunyai sebarang penerangan mengenainya. Hahahaha! Peace!


Oraits! Hehehehehe Rambozzi® berasa agak malu pula sekarang. Rambozzi® pernah ditegur tidak berapa lama dahulu kerana memasang engsel dengan cara yang salah. Jadi, kali ini Rambozzi® akan cuba memasang engsel untuk projek ini dengan cara yang betul dan lebih kemas.

Rambozzi® 'rout' sedikit slot untuk diskrukan engsel dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Lebar dan kedalaman slot itu adalah berdasarkan kepada saiz engsel yang akan digunakan.


Pada bahagian kotak juga ditebuk slot untuk engsel. Rambozzi® hanya tandakan, dan 'rout' sahaja slot itu mengikut pada slot pada pintu tadi.


Ini adalah percubaan pertama Rambozzi® memasang engsel dengan menggunakan teknik ini. Harap² ia adalah kemas dan tidak mendatangkan sebarang masalah pula nanti.


Dan siaplah kesemua bahagian untuk projek Photobooth - Faisal ini. Fuhhh! Agak banyak juga 'woodworking'nya kan? Hahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® rasa geli hati sebab projek ini agak susah! Bila susah, Rambozzi® akan rasa sangat geli di hati! Hahahahaha! Gelak lagi.


Seterusnya adalah proses 'sanding' dan mengecat. Keseluruhan projek ini di'sanding' halus dengan menggunakan kertas pasir grit 400. Kemudian, Rambozzi® sapu 1 lapisan 'wood stain'. Dan diikuti pula dengan 2 lapisan 'varnish'. Dan projek ini siap sepenuhnya!


Wah! Penatnya menulis! Hahahaha! Ok. Kita pakat tengok gambar je la. Nak? Nak? Nak kan..... Kan...













Ok. Beberapa aksesori atau 'fittings' dipasangkan ke tempat² yang mengikut kehendak Faisal. Kesemuanya dibekalkan oleh Faisal sendiri. Rambozzi® hanya memasangnya sahaja.

"Terima kasih banyak² Rambozzi®. Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Ia sangat memenuhi kehendak saya. Peace!"

Itu adalah ungkapan yang diberikan oleh Faisal kepada Rambozzi®. Kecuali perkataan 'peace!' itu, yang lain² adalah dari mulut Faisal sendiri heh heh heh heh...

Ini adalah cara, teknik dan penghayatan Rambozzi® di dalam 'woodworking' ini. Seboleh²nya, sebaik mungkin Rambozzi® akan cuba memberikan yang terbaik mengikut kehendak para pelanggan Rambozzi®Rambozzi® masih jauh lagi dari hendak menjadi seorang 'woodworker' yang bagus. Tapi, dengan "hati" dan kesungguhan, sebenarnya adalah tidak mustahil untuk kita membuat kerja 'woodworking' ini dengan lebih kemas, tepat, teliti dan halus.

Semua orang, semua 'woodworker' bekerja kerana wang, untuk mendapatkan rezeki, untuk meneruskan kelangsungan hidup, termasuklah Rambozzi® ini sendiri. Tetapi Rambozzi® hendak menjadi lebih dari seorang "woodworker biasa"Rambozzi® hendak nama Rambozzi® berkumandang di dalam bidang ini. Rambozzi® hendak nama Rambozzi® menjadi gah di dalam bidang ini. Kualiti, seni dan "hati" perlu selari dengan nama Rambozzi® ini. Rambozzi® tidak mahu dipanggil "woodworker biasa" sahaja. Rambozzi® hendak mendengar;

"Kalau kau nak hasil kerja kayu yang puas hati dan menepati kehendak dan keperluan kau, carilah Rambozzi®. Tapi kau juga perlu bersedia dengan wangnya, kerana hasil kerja Rambozzi® tidaklah murah sangat, dan tidak pula mahal sangat. Ok la... Tapi kau akan puas hati la. Rambozzi® tu tidaklah pandai sangat, tapi hasil kerjanya bagus. Ok la... Lebih dari ok, kot... Kot... Rambozzi® tu juga merupakan seorang 'woodworker' yang sangat halus hatinya. Di dalam hatinya ada taman bunga. Di dalam hatinya ada cinta. Di dalam hati Rambozzi® ada 'Love'.. Kadang² Rambozzi® tu suka berjalan² di Tesco mencari kebab ayam. Kadang² je lah. Sebab Rambozzi® tu juga suka makan nasi... Pada hujung minggu, Rambozzi® tu suka....."

Alah panjang sangat la pulak kan? Hahahahahahahahaha!

Peace! Cool! 

"I am Rambozzi®
I am Your Woodworker.
i-woodworking with Style.
i-woodworking with Heart.
i-woodworking with Love.
I love u. U love me.
Pen merah pen biru.
U marah, I love u..."

Heh heh heh heh heh heh... Yeah!


6 Comments

  1. One word : "TERBAEEK"

    Syabas Rambozzi. Tampak antik dan unik.

    Happy Woodworking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Bruce.

      Projek ni hanya mengikut kehendak pelanggan shj. Tapi mmg agak mencabar dan sgt woodworking!

      Happy Woodworking!

      Delete
  2. Tahniah!
    Kotak ni berfungsi penuh kah & anggaran berapa beratnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang fungsinya penuh atau tak tu, serius Rambozzi tak tahu bro. Rambozzi cuma buat ikut kehendak Faisal tu je, sebijik. Tapi dia cakap, "saya puas hati. Inilah yg saya nak..."

      Tentang berat tu pun serius Rambozzi susah nak agak. Dlm tu ada monitor, kamera dan notebook. Kalau agak kasar emmmm dlm 10-15 kg atau 20 kg KOT..... Yg pastinya, tripod dia tu sangat kukuh dan stabil.. Tak goyang punye...

      Delete
    2. Hehe...mcm tong gas lak, kena ada assistant nak ngangkut. Ada masa, bagus jg polisi 'no question asked' gitu...

      Delete
  3. hebat karya Rambozzi.. cuma nk tnya dan minta ilmu ckt.. frame yg mitre cut 45 dgree tu rambozzi cantum guna apa je ek?

    ReplyDelete